the best moment of ramadhan

Sunday, 5 June 2016

Hi.

Tahun ni rasa awal gila start bulan Ramadhan bulan Jun bulan birthday I pulak tu hehehe over je. My sister dari kelmarin duk sibuk cakap "nak puasa dan esok lusa nak puasa dah" sambil ngadap makanan depan laki dia.

Suka je kalau bulan puasa nih sebab biasanya kitaorang anak beranak memang makan sekali bukan macam hari biasa sorang makan kat meja makan lepas tu sejam dua kemudian sorang makan depan tv tak pun makan sambil ngadap laptop (me lah tu ekeke). And kalau zaman kanak-kanak Ribena dulu-dulu memang I and the adik beradik and the cousins excited je duduk kat atas lantai depan makanan sambil tunggu azan Maghrib, sebab time tu Umi, Abah, Su, Ayah Su dengan arwah nenek je makan kat meja makan,  kitaorang yang budak-budak ni makan bawah je senang nanti kalau sepah ke apa terus sapu.

And biasa kitaorang ni, dua jug air pun belum cukup hahaha. Konon banyak sangat minum air. And selalu tukang buat air tu umi, hidang lauk pulak gilir-gilir and tugas rasmi I adalah basuh pinggan mangkuk sejak pandai basuh and puasa dulu. Tak tahu kenapa tapi suka pulak kerja jadi tukang basuh pinggan lepas makan. And tak suka kalau kena jadi tukang buat air takut nanti orang komplen 'kurang manis la manis sangat la tawar sangat la apa la' so senang basuh pinggan.
And kalau lauk-pauk tu kadang-kadang beli atau masak ringkas-ringkas je. 50-50 haha.

Selamat Menyambut bulan Ramadan.
Toodles.

© Erni Hasmiza . Design by Fearne.